00:00Saranan Syahidan Qasim supaya Parti Baharu dikaitkan dengan Hamzah Zainuddin menyertai Perikatan Nasional atau PN
00:08dilihat sebagai petanda gabungan itu mencari kekuatan baharu ketika kedudukan bersatu dikatakan semakin goyah.
00:17Penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali berkata pelawan itu mencerminkan pengaruh Hamzah yang didakwa membawa sokongan bekas ahli bersatu.
00:27Menurutnya jika Hamzah tidak bersama PN, pembangkang berisiko berdepan pecah undi dan kehilangan kekuatan.
00:36Spekulasi timbul selepas Hamzah dipecat daripada bersatu dengan beliau dikaitkan kemungkinan mengambil alih parti keluarga Malaysia
00:44namun turut memberi bayangan masih dalam PN dan tidak menolak menyertai PAS.
00:51Mazlan turut mengingatkan isu pengagihan kerusi bakal menjadi paling sensitif
00:56terutama melibatkan hubungan Hamzah dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
01:02Katanya kawasan yang sebelum ini milik bersatu mungkin menjadi rebutan antara dua kem.
01:08Pandangan sama disuarakan Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting.
01:15Beliau berkata pertindihan kerusi boleh mencetuskan pertembungan dalaman
01:19sekaligus menimbulkan persoalan sama ada PN mampu kekal kukuh atau berdepan risiko perpecahan.
Comments