Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Proses membawa balik rakyat Malaysia dari negara terjejas dengan konflik Asia Barat, kini memasuki fasa akhir persiapan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar semua langkah digerakkan dengan segera bagi memastikan keselamatan, dan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara.
Transcript
00:00Bertemu semula proses membawa balik rakyat Malaysia dari negara terjejas dengan konflik di Asia Barat, kini memasuki fasa akhir persiapan.
00:08Majlis Keselamatan Negara MKN pada Isnin berkata Perdana Menteri Datuk Suri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar semua langkah digerakkan dengan
00:17segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara.
00:23MKN berkata pihaknya akan menyelaras operasi ini dengan kerjasama rapat Kementerian Luar Negeri KLN melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara
00:32-negara berkaitan.
00:33MKN bersama KLN juga akan menyalurkan perkembangan operasi ini secara berkala kepada semua pihak sehingga keseluruhan proses membawa pulang rakyat
00:42Malaysia ini selesai.
00:43Selain itu, MKN berkata kerajaan Malaysia akan melakukan segala yang termampu bagi memastikan rakyat Malaysia yang terlibat dapat kembali ke
00:51tanah air dengan selamat.
00:53Setakat 7 Mac 2026, seramai 649 rakyat Malaysia masih terkandas di pelbagai lokasi Asia Barat akibat gangguan penerbangan dan sekatan
01:03ruang udara.
01:04Manakala KLN melaporkan seramai 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar melalui sistem e-Consular untuk memudahkan pemantauan dan penyelarasan bantuan
01:15negara yang paling terjejas termasuk Arab Saudi, UAE, Oman dan Turki.
01:21Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended