00:00Satu peranti yang dinyalakan dan dibaling ketika protes di luar kediaman Datuk Bandar New York City, Zohran Mamdani,
00:07hujung minggu lalu merupakan bahan letupan yang boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
00:13Pesuruh Jaya Polis New York City, Jessica Tish, berkata peranti itu yang merupakan sebuah balang dibalut dengan pita hitam bersama
00:21fuse dibaling tetapi ia terpadam sendiri sebelum meletup.
00:25Tish berkata setakat ini dua individu ditahan. Peranti itu adalah satu daripada dua yang dibaling ketika protes tersebut yang melibatkan
00:35dua kumpulan bertentangan.
00:37Jelasnya peranti kedua masih dalam pemeriksaan.
00:41Aktivis sayap kanan Jake Lang mengetuai satu protes pada Sabtu di luar Gracie Mansion, tempat kediaman Mandani bersama istrinya bagi
00:50membantah dawaan pengambil alihan Islam di New York City
00:54serta bantahan terhadap amalan solat umum oleh umat Islam.
00:58Tish dalam sidang media berkata beliau percaya Mamdani dan istrinya tidak berada di rumah ketika kejadian.
01:06Selain itu, polis New York City kini bekerjasama dengan FBI dan Jabatan Kehakiman AS dalam siasatan tersebut.
Comments