00:00Legasi pemikiran Allahyarham Profesor Diraja Tan Sri Syed Mohd Naqib Al-Atas wajar diperlihat dan dimanfaatkan sebagai sumber rujukan berharga
00:09untuk generasi akan datang.
00:12Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ihwal Agama Zulkifli Hassan berpendapat institusi pengajian tinggi perlu mengambil peluang meneruskan pengkajian, kupasan
00:22serta syarahan terhadap khazanah pemikiran yang ditinggalkan oleh Allahyarham.
00:27Jadi kita merasakan bahawa jasa-jasa yang disumbangkan itu adalah sangat berharga dan kita sangat menghargai segala jasa-jasa.
00:38Apa yang kita perlu lakukan sekarang ini adalah bagaimana untuk kita meneruskan legasi yang ditinggalkan itu, legasi keilmuan dan kita
00:48lihat bagaimana institusi-institusi perlu mengambil peluang ini
00:56untuk menghidupkan dan meneruskan kupasan syarahan dan juga kepada ilmu-ilmu ataupun segala karya khazanah yang ditinggalkan oleh alam marhum.
01:12Terima kasih.
Comments