Skip to playerSkip to main content
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim memantau secara serius operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik di Asia Barat setelah pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dibuat pada hari ini. #AWANInews
Transcript
00:00Seterusnya, Pejabat Perdana Menteri juga sedang giat memantau serta meneliti perkembangan Perang Asia Barat
00:07di mana beliau sendiri memantau secara serius operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik di Asia Barat
00:18setelah pengesahan Majlis Keselamatan Negara MKN dibuat pada hari ini.
00:24Mengambil keberkatan bulan Ramadan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mendoakan agar keseluruhan operasi evakuasi ini
00:32dipermudah berjalan lancar dan kesemua rakyat Malaysia yang terjejas dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat.
00:42Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekali lagi menekankan bahawa nyawa setiap rakyat Malaysia diutamakan dalam apa jua keadaan
00:51terutamanya situasi kritikal yang tidak menentu.
00:56Pejabat Perdana Menteri berharap kesemua ikhtiar kerajaan sama ada dari soal ekonomi mahupun keselamatan
01:04dapat memberikan kelegaan langsung buat rakyat ketika penilaian impak terhadap ekonomi global sedang giat dilaksanakan.
01:13Sekiranya...
Comments

Recommended