Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Perdana Menteri hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Prof. Diraja Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Masjid At-Taqwa.
Transcript
00:00Selanjutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Profesor Diraja Tansri Dr. Syed Muhammad Nakib Al-Atas.
00:08Perdana Menteri tiba di Masjid Attaqwa di Ibu Negara sekitar jam 11.30 pagi dan menyertai solat jenazah yang diimamkan
00:16oleh anak Allahyarham, Syed Ali Taufik Al-Atas.
00:21Anwar ketika ditemui media, turut menyingkap mengenai pengalaman beliau bersama Allahyarham yang disifatkan ibarat guru dan murid ketika mengasaskan Angkatan
00:31Belia Islam Malaysia, ABIM pada tahun 1971.
00:36Saya kebetulan kenal belajar dengan dia.
00:41Bila dia tunis, orang jadi salah untuk orang muslim ini dan kita bersama dia.
00:46Dan masa saya dalam ABIM, kita terbitkan Islam and Secularism dan Islam dalam sejarah kebudayaan Melayu, satu naskah hutang sejarah
00:59dan budaya yang sangat unggul dan mantap.
01:02Jadi kita banyak menikmati ilmu daripada dia dan semasa ABIM pun kita bawa dia keliling 10 Malaysia.
01:11Kemudian tentunya selepas itu di UKM, kemudian di UIA, di ISTEK, dia terus menurutkan sumbangan besar.
01:22Jadi negara tentunya kehilangan satu tokoh ilmuwan ulung.
01:27Pada masa sama, Anwar turut mengesahkan menerima pelbagai ucapan takziah dari luar negara berkenaan pemergian Allahyarham.
01:34Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara.
Comments

Recommended