00:00Yang mana Angkatan Belik Islam Malaysia, Abim menzahirkan rasa duka cita yang mendalam susulan pemegian Profesor Diraja Tan Sri Dr.
00:07Syed Mohd Nakwib Al-Atas semalam.
00:09Pertubuhan itu menganggap pemegian Mohd Nakwib satu kehilangan besar buat dunia keilmuan Islam.
00:17Dalam kenyataannya, Abim sifatkan kehilangan Allah Yarham bukan sahaja dirasai di Malaysia, malah kepada dunia Islam dan tradisi intelektual sejagat.
00:26Abim turut mengenang jasa Allah Yarham sebagai pemikir yang memberikan sumbangan besar dalam pembangunan falsafah Islam, pendidikan dan pembinaan peradaban.
00:37Kepada Abim, Allah Yarham sering dilabel sebagai antara tokoh terpenting yang mengembalikan keyakinan umat terhadap tradisi ilmu Islam serta menghubungkan
00:46warisan intelektual Islam dengan cabaran dunia modern.
00:49Selain itu, sepanjang hayatnya, beliau menghasilkan ratusan karya merangkumi falsafah, metafizik Islam, kesusah seraan, sejarah, pendidikan serta peradaban Melayu-Islam.
01:03Karya beliau diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan telah menjadi rujukan penting dalam wacana pemikiran Islam di seluruh dunia.
01:11Dalam kenyataan itu, Abim turut menekankan hubungan sejarah antara gerakan itu dan Allah Yarham, khususnya pada era awal kebangkitan Islam
01:19ketika gerakan itu dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.
01:23Antara karya berpengaruh beliau, termasuk Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu 1972, Islam and Secularism 1978, The Concept of Education
01:35in Islam 1980 dan karya terakhir beliau, Islam, The Covenants Fulfilled 2023.
01:42Dalam pada itu, Abim turut menjelaskan selain sumbangan pemikiran, beliau turut terlibat dalam mereka bentuk logo Abim yang kekal digunakan
01:52hingga hari ini selain mencetuskan idea penerbitan risalah Abim.
01:57Sehubungan itu dengan pencapaian yang telah mengubah landscape peradaban Islam di Malaysia, gerakan itu menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pengaanugerahan pelaran
02:06tokoh peradaban negara atau bentuk penghormatan setara supaya legasi intelektual beliau terus dihargai dan diwarisi generasi akan datang.
02:16Tegas Abim, pengiktirafan sedemikian bukan hanya untuk mengenang seorang sarjana besar tetapi sebagai penghormatan terhadap tradisi ilmu yang menjadi asas
02:25pembinaan tamadun bangsa.
Comments