Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati susulan ketegangan Asia Barat dan data ekonomi AS, dengan pelabur menilai harga minyak serta kekuatan dolar yang terus mempengaruhi pergerakan mata wang tempatan.
Transcript
00:00Ringgit diunjur diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS minggu ini.
00:05Berikutan sentimen pasaran terus dipengaruhi oleh perkembangan di Asia Barat.
00:09Pada masa sama, pelabur akan memantau trajeturi harga minyak mentah dan data ekonomi AS yang bakal diumumkan minggu ini.
00:19Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Afzan Nizam Abdul Rashid berkata,
00:24pada minggu ini, tumpuan pasaran akan terus searah kepada konflik Asia Barat.
00:28Beliau berkata data yang penting termasuk indeks harga pengguna IHP AS dan perbelanjaan peribadi pengguna bagi Februari,
00:36namun impaknya dijaga tidak begitu dirasai kerana faktor geopolitik.
00:40Sementara itu, kenanga Investment Bank Berhad berpendapat pasaran kekal tertumpu kepada hala tujuh harga minyak mentah
00:46dan kesannya terhadap inflasi AS dan dasar rizat persekutuan.
00:51Menurutnya, walaupun Malaysia menerima manfaat ekonomi daripada harga minyak yang tinggi dalam jangka pendek,
00:56ringgit tidak lagi bertindak selari seperti penanda aras minyak tradisional
01:00dan diniagakan seperti mata wang pasaran pesat membangun yang mudah terjejas dengan turun naik pasaran.
01:06Sehingga pelabur menerima gambaran yang lebih jelas mengenai tempoh konflik itu,
01:10dolar AS dijangka kekal kukuh menyebabkan ringgit lebih rendah pada paras RM3.94 hingga RM3.98 berbanding dolar AS.
01:19Bagi perbandingan secara mingguan, ringgit mengakhiri minggu lalu dengan rendah berbanding dolar AS apabila ditutup kepada RM3.9425 berbanding RM3
01:29.8910 pada Jumaat minggu sebelumnya.
01:33Mata wang tempatan diniagakan kebanyakan yang rendah berbanding sekumpulan mata wang utama minggu ini
01:37dan diniagakan bercabur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended