00:00Seorang lagi anggota tentera Amerika Syarikat dilaporkan maut ketika operasi ketenteraan ke atas Iran dipertingkatkan pada ahad.
00:07Ia disahkan komando pusat Amerika Syarikat sekaligus menjadikan korban terbaru itu meningkat kepada tujuh orang secara keseluruhan.
00:17Selain itu, Senkom dalam satu kenyataan memaklumkan anggota berkenaan meninggal dunia selepas cedera parah dalam siri serangan awal yang dilancarkan
00:26rejim Iran di seluruh Asia Barat.
00:29Jelas agensi tersebut mangsa mengalami kecederaan serius ketika serangan terhadap anggota tentera Amerika Syarikat di Arab Saudi pada 1 Mac.
00:38Menurut Senkom, identiti anggota terbabit akan diumumkan selepas proses pemakluman kepada waris terdekat selesai dalam tempoh 24 jam.
00:47Ketegangan di Asia Barat telah meningkat sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran pada 28
00:55Februari,
00:56membunuh lebih 1,200 orang termasuk pemimpin agung Iran Ali Khamini dan lebih 150 pelajar sekolah perempuan dan pegawai kanan
01:05tentera.
01:05Sehubungan itu, Iran telah membalas dengan serangan besar-besaran yang menyasarkan beberapa pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat,
01:13kemudahan diplomatik dan kaki tangan tentera di seluruh rantau itu serta beberapa bandar di Israel.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments