Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Pentagon memaklumkan kos operasi AS terhadap Iran mencecah US$6 bilion dalam seminggu, termasuk penggunaan peluru dan pemintas canggih, ketika Kongres bersedia menerima permohonan bajet tambahan di tengah peningkatan ketegangan di Timur Tengah.
Transcript
00:00Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira 6 bilion dolar untuk minggu pertama kampen ketenteraan terhadap Iran.
00:06Anak dulu, ajansi mendidahkan ini disahkan pegawai Pentagon kepada Kongres.
00:13Menurut New York Times, kira-kira 4 bilion dolar Amerika daripada jumlah tersebut dibelanjakan untuk perbelanjaan peluru dan pemintas canggih
00:22yang direkat untuk menembak jatuh misil Iran.
00:25Angka tersebut didedahkan semasa perbincangan di Kongres minggu ini.
00:29Pegawai kanan pertahanan turut menyatakan bahawa pembiayaan lanjut akan diperlukan untuk meneruskan operasi dan menambah semula stok simpanan yang berkurangan.
00:39Menurut akhbar Amerika itu, kira-kira 4,000 sasaran Iran telah diserang termasuk pelancar misil, kapal tentera laut dan pertahanan
00:47udara yang secara signifikan mengurangkan keupayaan Tehran untuk membalas dendam.
00:52Ketua Makas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat, Sankom, Laksamana Brad Cooper berkata, pelancaran misil balistik Iran telah menurun 90% sejak
01:02hari pertama pertempuran, manakala serangan drone berkurang sebanyak 83%.
01:07Namun negara itu masih menengkalkan senjata yang hebat termasuk anggaran 50% daripada program misilnya.
01:14Ahli Kongres sedang bersiap sedia untuk permohonan bajet tambahan daripada pentadbiran dalam beberapa minggu akan datang.
01:21Perang itu meletus dengan serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel terhadap sasaran ketenteraan Iran tetapi konflik itu sejak itu telah
01:29meluas ke seluruh Timur Tengah dengan Iran membalas melalui misil balistik dan serangan drone yang memerlukan tindak balas pertahanan yang
01:37mahal.
01:37Ketegangan di Asia Barat telah meningkat sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran pada 28
01:45Februari membunuh lebih 1,200 orang termasuk pemimpin agung Iran Ali Khamini, lebih 150 pelajar sekolah perempuan dan pegawai kanan
01:54tentera.
01:55Iran telah membalas dengan serangan besar-besaran yang menyasarkan pangkalan Amerika Syarikat, kemudahan diplomatik dan kakitangan tentera di seluruh rantau
02:04itu serta beberapa bandar di Israel.
02:07Terima kasih.
Comments

Recommended