Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Malaysia meneruskan pencarian MH370 bersama Ocean Infinity dengan teknologi lebih canggih, sekali lagi menghidupkan harapan keluarga mangsa untuk merungkai misteri kehilangan pesawat itu selepas 12 tahun.
Transcript
00:00Pada 1.19 minit pagi 8 Mac 2014, satu ucapan balas ringkas dari kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 direkodkan oleh
00:12Kawalan Trafik Udara, Good Night Malaysian 370.
00:16Tiada siapa menyangka kata-kata itu akan menjadi komunikasi terakhir daripada pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal
00:25sebelum ia lenyap daripada radar awal pagi itu.
00:31Hari ini 12 tahun kemudian kehilangan pesawat Boeing 777 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu masih kekal
00:41sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.
00:47MH370 berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIE pada 12.41 tengah malam sebelum komunikasi terakhir dengan Kawalan Trafik
00:58Udara direkodkan ketika pesawat beralih dari Ruang Udara Malaysia ke Vietnam.
01:03Tidak lama selepas itu pesawat dengan kod penaftaran 9M-MRO hilang daripada radar awam sebelum analisis data satelit kemudian menunjukkan
01:15ia dipercayai berpatah balik dan terbang jauh ke arah selatan Lautan Hindi.
01:21Usaha pencarian melibatkan pelbagai negara serta syarikat persendirian sepanjang lebih sedekat di Lautan Hindi yang dipercayai menjadi lokasi terakhir penerbangan
01:32pesawat berkenaan menemui jalan buntu tanpa sebaran jawapan maupun penemuan konkret.
01:39Sejak hari pertama pencarian sehingga kini operasi menjejaki pesawat itu merangkumi kawasan dasar laut seluas lebih 250,000 km persegi
01:52menggunakan kapal penyelidikan dan sonar termasuk peralatan berteknologi tinggi.
01:58Sejak 2015 puluhan serpihan pesawat yang disyaki daripada MH370 ditemukan di pelbagai lokasi di perairan dan pesisir Lautan Hindi termasuk
02:10di Pulau Reunion namun hanya tiga penemuan iaitu sebahagian daripada sayap serta serpihan daripada bahagian penutup enjin disahkan berasal daripada
02:20pesawat itu.
02:21Insiden MH370 turut meninggalkan kesan mendalam kepada industri penerbangan global.
02:29Sekaligus mendorong usaha memperkukuh sistem penjejakan pesawat serta pergongsian data penerbangan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.
02:39Sepanjang tempoh 12 tahun harapan keluarga mangsa tidak pernah bernoktah.
02:45Malah penantian terhadap jawapan serta takdir sebenar pesawat itu terus bergantung.
02:51Tanpa kepastian, kehilangan MH370 kekal sebagai teka-teki yang belum terungkai dalam sejarah penerbangan dunia.
03:02Dan bagi keluarga mangsa, masyarakat antarabangsa serta komuniti penerbangan global, satu soalan yang sama masih membelenggu sejak malam itu.
03:12Apakah sebenarnya yang berlaku selepas ucapan terakhir dari kokpit tersebut?
03:21Jawapan itu akan ditemukan.
03:23Namun sehingga kini, tragedi MH370 pada 8 Mac 2014 masih kekal sebagai misteri belum terlerai.
03:37Terima kasih telah menonton!
03:40Terima kasih telah menonton!
03:40Terima kasih telah menonton!
03:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended