00:00Kementerian Pengangkutan MUT memaklumkan sehingga kini aktiviti pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370
00:07masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu yang dapat mengesahkan lokasi bangkai pesawat itu.
00:14Menurut Kementerian itu, operasi pencarian dilaksanakan dalam dua fasa melibatkan fasa 1 dari 25 hingga 28 Mac 2025
00:23manakala fasa 2 dijalankan dari 31 Desember 2025 hingga 23 Januari 2026.
00:34Kedua-dua fasa melibatkan 28 hari operasi pencarian dilaksanakan selepas perjanjian dimeterai
00:40meliputi tinjauan terhadap kira-kira 7,571 km persegi kawasan dasar laut dalam zon pencarian yang telah dikenalpasti.
00:49MUT turut memaklumkan, syarikat penerokaan dasar laut Ocean Infinity sebelum perjanjian rasmi ditantangani pada Mac 2025
00:58telah menjalankan beberapa aktiviti tinjauan tambahan di kawasan pencarian lebih luas sebagai sebahagian daripada usaha menyokong operasi tersebut.
01:06Menurut kenyataan, sepanjang tempoh operasi pencarian, beberapa gangguan berlaku akibat keadaan cuaca dan laut yang tidak menentu.
01:13Tambah kenyataan itu lagi, fasa 2 berakhir sepenuhnya pada 23 Januari 2026.
01:19Kementerian itu turut menegaskan kerajaan Malaysia kekal komited memaklumkan perkembangan terkini kepada keluarga penumpang dan anak kapal.
01:26Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing mempawa 239 penumpang dan anak
01:37kapal.
01:37100 km di sebuah sebaik dengan antara yang berkerja.
Comments