Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
22 kelasi Iran yang dirawat di Hospital Karapitiya, wilayah selatan Sri Lanka, dibenarkan keluar pada Sabtu manakala 10 lagi masih menjalani rawatan.
Transcript
00:0022 kelasi Iran yang dirawat di Hospital Karapitia, wilayah selatan Sri Lanka, dibenarkan keluar pada Sabtu, manakala 10 lagi masih
00:08menjalani rawatan.
00:09Mereka antara yang diselamatkan pihak berkuasa Sri Lanka selepas kapal tentera laut Iran, Iris Dana, dilaporkan karam pada Rabu kerana
00:18dibedil torpedo Amerika Syarikat di perairan antarabangsa kira-kira 40km dari Pantai Gail.
00:24Pihak berkuasa Sri Lanka memaklumkan mangsa yang terselamat sedang diuruskan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
00:32Sri Lanka turut memberi perlindungan sementara kepada 219 lagi kelasi Iran dari kapal kedua Iris Boucher.
00:40Pada masa sama, Colombo menafikan dakwaan negara itu berada di bawah tekanan Washington supaya tidak membenarkan rakyat Iran pulang ke
00:48Iran atau pulang ke negara mereka sendiri.
00:52Sementara itu, India pada Sabtu memberi tahu negara itu membenarkan sebuah lagi kapal Iran, Iris Lavan, berlabuh di salah satu
01:00pelabuhannya selepas kapal berkenaan turut melaporkan masalah enjin.
01:05Ketiga-tiga kapal tersebut merupakan sebahagian daripada armada pelbagai negara yang menyertai latihan anjuran India di Teluk Benggala.
Comments

Recommended