00:00Polis mengesahkan telah menahan seorang pemandu kereta mewah pada Jumaat yang dikesan memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi drift di
00:08Genting Highlands baru-baru ini.
00:10Menurut Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiha Mohd Kahar dalam satu kenyataan rasmi, suspek telah ditahan ketika hadir di pejabat trafik
00:17ibu pejabat polis daerah Bentong sekitar jam 11 pagi semalam.
00:22Susulan penahanan tersebut, polis turut menyita sebuah kereta jenis BMW 325i yang digunakan dalam kejadian terbabit bagi tujuan siasatan lanjut.
00:32Jelas Zaiham, hasil ujian saringan awal air kencing pula mendapati suspek negatif dadah.
00:38Tambahnya, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Kurungan 1 Akta Pengakutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara
00:48melulu dan berbahaya.
00:50Dalam kenyataan tersebut, Zaiham turut memaklumkan tindakan mengesan suspek dilakukan selepas polis mengesan satu video berdurasi 14 saat yang menunjukkan
01:00sebuah kereta mewah melakukan aksi drift di Jalan Beselekoh menuju ke kawasan peranginan berkenaan.
01:07Siasatan awal mengesahkan kenderaan BMW 325i tersebut dipandu secara berbahaya ketika melalui laluan berkenaan.
01:15Dalam pada itu, Zaiham menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi Undang-Undang Jalan Raya dan tidak melakukan sebarang aksi berbahaya
01:23yang boleh mengancam keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.
01:28Terima kasih.
Comments