Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan dengan pemimpin Qatar dan Bahrain, menyatakan sokongan Malaysia susulan ancaman keselamatan akibat konflik Israel–AS–Iran. Anwar menyeru semua pihak mengutamakan damai dan menahan diri demi kestabilan rantau Teluk. Beliau turut menghargai usaha Qatar dan Bahrain menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan simpati dan sokongan Malaysia kepada Qatar dan Bahrain yang kini berdepan ancaman keselamatan
00:09akibat konflik antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran.
00:14Dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Qatar, Syekh Muhammad Abdul Rahman Al-Tani dan Putera Makota serta Perdana Menteri Bahrain,
00:22Putera Salman Al-Khalifah ketika-tiga pemimpin bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau teluk.
00:28Anwar berkata ancaman terhadap kedaulatan, infrastruktur dan keselamatan kedua-dua negara berpunca daripada tindakan balas Iran selepas serangan Israel bersama
00:39Amerika Syarikat.
00:40Beliau turut menghargai langkah kerajaan Qatar dan Bahrain memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana.
00:46Anwar berkata semua pihak perlu menahan diri daripada tindakan yang boleh menggugat kestabilan serantau dan kembali kepada usaha damai.
00:55Beliau berharap Ramadan ini dapat membawa perpaduan Ummah dan membuka ruang kepada keamanan berkekalan di Asia Barat.
01:03Terima kasih telah menonton!
01:09Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended