00:00Empat warga Palestine termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi cedera pada Jumaat akibat tembakan dan serangan peluru
00:10berpandu Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di Gaza City serta utara Semenanjung Gaza.
00:15Perkara tersebut disahkan oleh sumber perubatan di Gaza yang turut memaklumkan bahawa kanak-kanak berusia 12 tahun itu maut akibat
00:24tembakan Israel berhampiran kawasan sekolah Khalifah di utara Gaza yang turut menempatkan penduduk Palestine yang sedang berlindung.
00:33Selain itu serangan terbaru Israel tersebut turut menyasarkan kawasan kejiranan tufah di timur Gaza City mengorbankan seorang mangsa berusia 54
00:42tahun.
00:44Difahamkan artileri Israel mengebom lokasi Al-Nabih yang mana ia berada di luar zon penempatan tentera Israel di bawah perjanjian
00:51gejata senjata.
00:53Sementara itu di kawasan kejiranan tufah juga seorang pemuda berusia 22 tahun cedera selepas sebuah drone Israel mengebom sekumpulan orang
01:02awam berhampiran bulatan Al-Sharafah di timur Taman Al-Mahatta.
01:06Menurut sumber itu lagi sejak gejata senjata di Gaza berkuat kuasa pelanggaran oleh Israel termasuk serangan udara dan tembakan telah
01:15mengorbankan seramai 636 rakyat Palestine dan mencederakan 1,704 yang lain setakat Khamis.
01:23Perjanjian gejata senjata itu dimeterai selepas 2 tahun serangan ketenteraan besar-besaran oleh Israel sejak 8 Oktober 2023 yang juga
01:33perang yang mengakibatkan lebih 72,000 rakyat Palestine terbunuh dan 172,000 cedera selain memusnahkan kira-kira 90% infrastruktur
01:43awam Gaza.
01:45Terima kasih kerana menonton!
Comments