Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Serangan udara Israel di Lubnan memaksa puluhan keluarga menyeberang ke Syria untuk mendapatkan perlindungan. UNHCR mengesahkan penglibatan pasukannya di sempadan, sementara serangan Israel terus diperluas hingga ke Beirut bagi menumpaskan Hezbollah susulan ketegangan meningkat selepas kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Transcript
00:00Serangan udara Israel dipertingkatkan di Lubnan pada Khamis memaksa puluhan keluarga di negara itu menyeberangi sempadan ke Syria bagi mendapatkan
00:10pelindungan.
00:11Perkara tersebut disahkan Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNHCR yang juga telah mengerah pasukannya ke sempadan berkenaan bagi memberikan
00:21bantuan awal.
00:24Hasil dapatan video daripada Agensi Berita Antarabangsa memaparkan beberapa keluarga warga Lubnan sedang memunggah bagasi dan beratur bagi pendaftaran dengan
00:34pihak imigresen.
00:35Dalam perkembangan berkaitan, Israel meneruskan peluasan operasi ketenteraan di Lubnan dengan membedil ibu negara Beirut pada Jumaat selepas mengarahkan pemindahan
00:46sepenuhnya penduduk di seluruh kawasan selatan bandar itu.
00:49Serangan udara Israel turut dipeluas bagi menumpaskan Hezbollah sekutu Iran dan menjadi antara rakan dominan dalam politik Lubnan sejak 1980
01:00-an.
01:01Selain itu, serangan udara Israel terhadap Iran sebelum ini telah membunuh pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamini yang menjadi punca
01:10Hezbollah bertindak sedemikian.
Comments

Recommended