Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Sebanyak 24 negeri di Amerika Syarikat memfailkan saman bagi menghalang pelaksanaan pusingan baharu tarif global yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump, dengan mendakwa langkah tersebut melanggar undang-undang persekutuan dan prinsip pemisahan kuasa.
Transcript
00:00Sebanyak 24 negeri di AS memfailkan saman bagi menghalang rancangan tarif baharu yang diumumkan Presiden negara itu Donald Trump.
00:10Tindakan undang-undang itu diketuai negeri Oregon dengan dawaan dasar tarif tersebut melanggar undang-undang persekutuan serta prinsip pemisahan kuasa
00:20dalam perlembagaan AS.
00:24Saman yang difalkan di Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS itu turut mendakwa langkah tarif tersebut melanggar akta prosedur pentadbiran AS.
00:34Peguam negara Oregon Dan Rayfield berkata saman itu mencabar usaha terbaru pentadbiran Trump untuk meningkatkan tarif global tanpa kelulusan Kongres
00:43AS.
00:44Beliau menegaskan keutamaan sepatutnya adalah membantu rakyat memulihkan ekonomi bukan meningkatkan tarif yang didakwa tidak sah ketika ramai rakyat masih
00:53berdepan kenaikan harga barangan keperluan.
00:56Menurut kenyataan itu, tarif tersebut telah dikenakan selama lebih setahun berdasarkan tafsiran pentadbiran bahawa Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa membenarkan
01:06Presiden mengenakan tarif terhadap produk dari mana-mana negara.
01:10Mahkamah Agung AS pada 20 Februari memutuskan bahawa tarif di bawah Akta Berkenaan adalah tidak sah.
01:18Selepas keputusan itu, Trump merujuk kepada Akta Perdagangan 1974 khususnya Seksyen 122 bagi mengumumkan tarif sebanyak 15% terhadap kebanyakan
01:28produk global dengan alasan defisit perdagangan.
01:31Namun undang-undang tersebut hanya membenarkan tarif dalam keadaan terhad termasuk apabila berlaku defisit imbangan pembayaran yang besar dan serius
01:41di Amerika Syarikat.
01:43Satu analisis penyelidik Rizal Persekutuan New York mendapati hampir 90% kos tarif pada 2025 digantung pengguna dan perniagaan di
01:52Amerika Syarikat.
01:53Pakar turut menganggarkan langkah tarif tersebut boleh meningkatkan kos sara hidup.
Comments

Recommended