00:00Indonesia memulakan fasa pertama pemindahan warganya dari Iran melalui Azerbaijan akibat ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat.
00:09Pemangku pengarah pelindungan warga negara Indonesia, Kementerian Luar Henni Hamidah berkata, 32 warga Indonesia dijadwal dipindahkan pada fasa awal.
00:22Bagaimanapun, jumlah itu mungkin berubah bergantung perkembangan di lapangan.
00:26Beliau menegaskan pemindahan berlangsung secara beransur-ansur dan fasa pertama dilakukan melalui Azerbaijan.
00:33Pelan pemindahan dilengkapkan selepas memantau rapat situasi keselamatan dan menentukan laluan paling selamat dan sesuai untuk warga Indonesia.
00:43Berkaitan fasa seterusnya, keputusan akan dibuat kemudian oleh kerajaan selepas menilai perkembangan keselamatan terkini dan mengambil kira input daripada kedutaan
00:52Indonesia di Teheran.
00:54Beliau memberi jaminan kedutaan terus berhubung dengan warga Indonesia di Iran, terutama di Teheran, demi memastikan keselamatan mereka.
Comments