00:00Jabatan Alam Sekitar meneruskan operasi besar-besaran membanteras cubaan membawa masuk buangan terjadual ke negara ini, khususnya sisa elektronik atau
00:11e-waste melalui pelabuhan Klang.
00:14Operasi ini melibatkan pemeriksaan ratusan kontena yang disyaki mengandungi bahan terlarang tersebut.
00:21Setakat operasi hari keempat OPS bongkar, sebanyak 158 kontena telah diperiksa dan 72 daripadanya dikenalpasti mengandungi e-waste.
00:32Tindakan pemeriksaan ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan memastikan Malaysia tidak menjadi destinasi pelupusan buangan haram yang berisiko tinggi kepada
00:43alam sekitar dan kesihatan rakyat.
00:45Kontena yang didapati mengandungi buangan terjadual akan dipulangkan semula ke negara asal.
00:52Notis arahan di bawah Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan kepada pengimport, ejen penghantaran, syarikat perkapalan atau
01:02mana-mana pihak terlibat.
01:04Mereka yang gagal mematuhi arahan atau disabitkan terlibat dalam pengimportan haram buangan terjadual boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun
01:14dan denda sehingga RM10 juta di bawah Seksyen 34B Akta Sama.
01:19Terima kasih kerana menonton!
Comments