Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Serangan udara AS-Israel dilaporkan membunuh Ayatollah Ali Khamenei, mencetuskan serangan balas Tehran ke atas aset Amerika dan Israel serta menjerumuskan Iran ke dalam krisis kepimpinan dan keselamatan paling serius sejak 1979.
Transcript
00:00Bagaimana sebenarnya perkembangan konflik di Asia Barat?
00:03Jadi untuk waktu ini kita nak terus bersama dengan Khalid Khadir
00:06untuk melihat dan mengetahui rumusan dan juga rangkuman sepanjang hari ini
00:11perkembangan terkini di Iran. Silakan Khalid.
00:14Baik, terima kasih Hassan. Ini perkembangan terkini di Iran.
00:18Kita mulakan dengan jumlah korban akibat konflik ini.
00:21Angka kematian akibat serangan berterusan Amerika Syarikat dan Israel
00:25ke atas Iran kini meningkat lebih kepada seribu mangsa.
00:29berbanding kira-kira 800 mangsa pada Rabu.
00:32Menurut Bulan Sabit Merah Iran, operasi mencari dan menyelamat
00:36masih diteruskan di runtuhan bangunan yang dibom.
00:40Imej satelit menunjukkan kerosakan akibat serangan udara di seluruh Iran
00:45sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan pada 28 Februari.
00:51Serangan ini berlaku selepas beberapa bulan ancaman oleh Amerika
00:54dengan Presiden Donald Trump menawarkan bantuan kepada rakyat Iran
00:59untuk menyingkirkan pemimpin yang memerintah.
01:02Konflik ini mengorbankan pemimpin tertinggi Ayatullah Ali Khamini
01:06menyebabkan Teheran membalas dengan menyasarkan aset Israel dan Amerika Syarikat
01:11di negara-negara teluk.
Comments

Recommended