Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menurut Wisma Putra, kerjasama sedang diatur pihak kementerian dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia, kerajaan di negara terjejas serta syarikat penerbangan.
Transcript
00:00Kementerian Luar sedang mengatur usaha evakuasi rakyat Malaysia yang terkandas susulan penggantungan penerbangan dan penutupan ruang udara di beberapa negara
00:09yang terjejas akibat konflik Asia Barat.
00:11Menurut Wisma Putra, kerjasama sedang diatur pihak Kementerian dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia, Kerajaan di negara terjejas serta syarikat penerbangan.
00:22Jelasnya usaha evakuasi itu juga meliputi rakyat Malaysia yang ingin kembali ke tanah air berdasarkan pangkalan data rakyat Malaysia yang
00:31berdaftar.
00:32Rakyat Malaysia digesa segera mendaftar dan mengemaskini maklumat perhubungan masing-masing dengan kedutaan besar Malaysia atau perwakilan Malaysia terdekat bagi
00:41memudahkan penyelarasan evakuasi tersebut.
00:44Wisma Putra berkata, perwakilan diplomatik Malaysia di negara-negara terjejas telah berhubung dengan rakyat Malaysia sejak peringkat awal konflik bagi
00:53menyalurkan bantuan konsuler serta mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan perancangan kontingensi.
01:00Kementerian akan memastikan usaha evakuasi ini dilaksanakan dengan sebaiknya dengan kerjasama semua pihak berkaitan.
01:07Dalam hari itu, Wisma Putra turut menasihatkan warga negara Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke negara yang terjejas oleh konflik berkenaan.
Comments

Recommended