Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sehubungan itu, Manila menekankan keperluan undang-undang lebih ketat terhadap pengintipan dan campur tangan asing, dalam usaha mencabar kedaulatan dan wilayah milik negara.
Transcript
00:00Kerajaan Filipina berkata ia menahan beberapa warga negaranya kerana disyakir suspek terbabit dalam kegiatan perisikan untuk China, membabitkan isu keselamatan
00:10negara yang serius, terutama berkaitan Laut China Selatan.
00:14Sehubungan itu, Manila menekankan keperluan undang-undang lebih ketat terhadap pengintipan dan campur tangan asing dalam usaha mencabar kedaulatan dan
00:23wilayah milik negara.
00:27Bagaimanapun pihak berkuasa tidak memberikan butiran lanjut mengenai kes itu termasuk bilangan mereka yang ditahan atau sama ada petuduhan difailkan,
00:37operasi individu ini yang bertindak atas arahan perisikan China telah ditangani dan dihentikan.
00:42Tindakan sewajarnya sudah diambil terhadap individu terbabit dan kesemua mereka warga negara Filipina yang mengaku terbabit dalam aktiviti pengintipan sedang
00:52bekerjasama dengan pihak berkuasa.
00:54Hubungan antara Filipina dan China semakin tegang berikutan konfrontasi berulang di Laut China Selatan dengan kedua pihak juga terbabit dalam
01:02Perang Mulut yang semakin meningkat di media sosial.
01:06Kementerian Luar China dan kedutaannya di Manila tidak memberikan sebarang maklum balas.
01:11Sekurang-kurangnya tiga warga negara Filipina terbabit menurut dua sumber keselamatan yang enggan dikenali kerana isu sensitif.
01:18China mempunyai tuntutan wilayah luas di Laut China Selatan yang bertindih dengan zon ekonomi eksklusif Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan
01:27Vietnam.
01:28Pada 2016, Tribunal Timbang Tara Antarabangsa memutuskan tuntutan China tiada asas tuntutan di Laut China Selatan di bawah Undang-Undang
01:38Antarabangsa namun Beijing tidak mengiktiraf keputusan itu.
Comments

Recommended