00:00Emeria Harap Bersatu UAE mengecualikan denda tinggal lebih masa bagi individu yang gagal meninggalkan negara itu, susulan penutupan ruang udara
00:09dan penggantungan sementara penerbangan.
00:11Langkah itu diputuskan oleh pihak berkuasa persekutuan bagi identiti kewarganegaraan, kastam dan keselamatan pelabuhan UAE
00:19bagi memastikan individu terjejas tidak menanggung beban kewangan akibat keadaan di luar kawalan mereka.
00:29Menurut media antarabangsa, keputusan itu terpakai kepada semua individu yang tidak dapat meninggalkan UAE, susulan penutupan ruang udara dan gangguan
00:38jadual penerbangan.
00:40Ia termasuk pelawat yang memegang visa lawatan, visa pelancong atau permit keluar selain penduduk yang telah membatalkan permit pemastautin mereka
00:49sebagai persediaan untuk berlepas.
00:53Pengecualian itu terpakai kepada denda yang dikenakan pada atau selepas 28 Februari sekaligus memastikan status undang-undang individu terlibat dapat
01:03diuruskan tanpa sebarang beban kewangan tambahan.
01:07Pihak berkuasa menegaskan keputusan itu diambil sebagai tindak balas terhadap keadaan luar biasa yang menghalang pengembara daripada meninggalkan negara itu
01:16pada tarikh yang dijadwalkan.
01:18Langkah berkenaan turut mencerminkan pendekatan kemanusiaan UAE dalam menangani situasi kecemasan serta mengambil kira keadaan luar biasa yang dihadapi oleh
01:29pengembara dan pelawat.
01:31Dalam masa sama, pasukan khusus di seluruh lapangan terbang negara itu dan pusat perkhidmatan pelanggan terus beroperasi selaras dengan pelan
01:39kecemasan dan kesinambungan perniagaan.
01:42Usaha itu dilaksanakan dengan penyelarasan pihak berkuasa berkaitan bagi memudahkan prosedur dan menangani kis keliwatan atau penjadualan semula penerbangan selain
01:53memberikan sokongan kepada pengembara yang terjejas.
01:57Pihak berkuasa turut menyeru orang ramai agar merujuk saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini serta sebarang langkah kawal selia berkaitan
02:05keadaan tersebut.
02:07Terima kasih telah menonton!
Comments