00:00Ketibaan pelancong asing ke Indonesia pada Januari lalu meningkat 1.11% kepada 1.01 juta berbanding Januari 2025.
00:12Menurut Jabatan Perangkaan Indonesia, pengangkutan udara kekal menjadi pilihan utama pelancong menyumbang 78.92% daripada jumlah ketibaan.
00:25Lapangan terbang Ngurah Rai di Bali dan Soekarna Hatta di Banten menerima 712,950 pelawat 89.06% daripada pengguna
00:37pengangkutan udara.
00:38Ketibaan melalui laut pula melibatkan seramai 173,360 pelancong meningkat 2.99% tahun ke tahun tertumpu di Pelabuhan Batam
00:50dan Tanjung Uban.
00:51Ketibaan melalui darat mencatat 40,510 pelawat meningkat 21.69% tahun ke tahun terutama melalui Atambua dan Jayapura.
01:02Sepanjang 2025 jumlah pelancong asing meningkat 10.8% kepada 15.39 juta.
01:10Jumlah tertinggi dalam 6 tahun dengan China, Singapura, Malaysia dan Jepun menjadi pasaran sumber utama.
01:17Kerajaan Indonesia menyasarkan kira-kira 17.6 juta pelancong asing pada tahun ini
01:23menunjukkan keyakinan terhadap pemulihan berterusan dalam kehadiran pelancong asing.
Comments