00:00Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung berkhamis mengarahkan kerajaan melaksanakan segera pakej kewangan bernilai 100 triliun won bagi menstabilkan pasaran
00:11modal, susulan perang yang semakin meluas di Asia Barat.
00:15Arahan itu dikeluarkan ketika mesyuarat khas kabinet yang diadakan bagi membincangkan situasi selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas
00:25Iran hujung minggu lalu.
00:28Katanya untuk langkah pertama, mereka mesti bertindak secara aktif terhadap peningkatan ketidaktentuan pasaran kewangan seperti pasaran saham dan kadar pertukaran.
00:39Mesyuarat itu diadakan sehari selepas beliau pulang daripada lawatan negara ke Singapura dan Filipina.
00:45Lee turut mengarahkan kerajaan merangka pelan pemindahan kecemasan bagi rakyat Korea Selatan di Timur Tengah dengan menggunakan semua kaedah yang
00:54ada termasuk pesawat tentera dan pesawat sewaan khas.
00:58Beliau turut menggesa usaha memastikan keselamatan kapal serta anak kapal Korea Selatan di perairan sekitar rantau itu.
01:04Terima kasih telah menonton!
Comments