00:00Kas Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad didakwa masih hidup dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
00:06Ia selepas laporan awal mendakwa beliau terbunuh dalam serangan udara bersama Amerika Syarikat dan Israel
00:12yang menyasarkan kepimpinan tertinggi serta infrastruktur ketenteraan Iran.
00:18Perkembangan mengenai Mahmud disahkan oleh seorang penasihat rapatnya kepada agensi berita Anadolu.
00:26Menurut penasihat tersebut, dia berada dalam komunikasi langsung dengan Ahmadinejad
00:31dan memaklumkan keadaan bekas Presiden itu adalah baik.
00:35Kenyataan itu sekaligus menolak laporan awal media antarabangsa yang menyebarkan dawaan mengenai kematian beliau
00:40susulan siri serangan berkenaan.
00:44Penasihat itu turut menjelaskan sebuah bangunan berkaitan pasukan keselamatan Ahmadinejad
00:48menjadi sasaran serangan pada Sabtu.
00:50Serangan tersebut mengorbankan tiga pengawal peribadinya yang merupakan anggota KOR Pengawal Revolusi Islam, IRGC.
00:58Bagaimanapun, Ahmadinejad dilaporkan tidak berada di lokasi tersebut ketika serangan berlaku.
01:03Kediaman Ahmadinejad yang terletak kira-kira 100 meter dari bangunan keselamatan itu
01:08turut disahkan tidak terjejas dan tidak menjadi sasaran.
01:12Sehingga kini pihak berkuasa Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan keselamatan beliau.
01:17Namun, maklumat yang diperoleh daripada penyiasatnya dianggap sebagai rujukan paling hampir kepada situasi sebenar.
01:24Ahmadinejad yang pernah memimpin Iran dari 2005 hingga 2013 kekal sebagai salah seorang tokoh berpengaruh
01:31dalam politik negara itu walaupun tidak lagi memegang jawatan rasmi kerajaan.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments