Skip to playerSkip to main content
  • 20 minutes ago
Lebih 60 peratus pengeksport Malaysia menjangkakan operasi perniagaan mereka akan terjejas susulan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 60% pengesport Malaysia menjangkakan operasi perniagaan mereka akan terjejas, susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.
00:10Ini termasuk kelewatan penghantaran, kenaikan kos perkapalan dan premium insuransi yang semakin meningkat.
00:20Perkara itu dimaklumkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Madrid, hasil satu tinjauan yang dijalankan agensi berkenaan.
00:29Tinjauan melibatkan lebih 50% perusahaan mikro, kecil dan sederhana diikuti syarikat pertengahan serta syarikat multinasional.
00:38Dapatan awal menunjukkan banyak perniagaan kini berdepan penurunan jualan, pembatalan pesanan serta peningkatan kos bahan mentah terutamanya produk berasaskan plastik
00:47yang dipengaruhi harga minyak mentah.
00:49Madrid turut menasihatkan syarikat untuk mengubah laluan penghantaran mereka ke pelabuhan serantau yang lebih selamat berikutan ketegangan yang menjejaskan laluan
00:59perkapalan terutama termasuk selat hormus.
01:03Beliau turut menambah bahawa penutupan atau gangguan sementara di laluan strategik seperti selat hormus benar-benar menguji daya tahan serta
01:12kemampuan penyesuaian rangkaian logistik Malaysia.
01:15Dalam usaha meminumkan risiko, Madrid mencadangkan agar misi dagangan fizikal di kawasan berisiko tinggi digantikan dengan padanan perniagaan secara maya
01:25melalui platform virtual e-Bismatch.
01:29Madrid juga mempercepatkan penyelarasan perdagangan intra-ASEAN sebagai strategi mitigasi dengan memanfaatkan integrasi serantau serta penggunaan ASEAN Trade in Good
01:41Agreement A3.
01:42Perdekatan ini dijangka membantu mengeksport Malaysia mengalihkan perdagangan ke pasaran yang lebih dekat dan stabil.
01:51Setakat ini Madrid terus memantau rapat situasi keselamatan perkapalan di Timur Tengah dan akan menyalurkan maklumat serta bantuan kepada pengeksport
02:00yang terjejas.
02:01Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended