00:00Jet Pejuang Israel terus melancarkan serangan udara di Ibu Negara Lubnan, Beirut pada Rabu.
00:06Menurut wartawan Anadolu Ajansi yang berada di lokasi kejadian,
00:10pesawat perang itu melakukan sekurang-kurangnya tiga serangan di pinggir bandar selatan Beirut dalam tempoh kurang satu jam.
00:19Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan di Harit Rik dan dua lagi kawasan dengan asap kelihatan menjulang naik daripada struktur
00:26yang terkena serangan.
00:27Maklumat mengenai mangsa yang terkorban atau cedera tidak diperoleh buat masa ini.
00:34Serangan itu berlaku selepas tentera Israel mendakwa mengeluarkan amaran pemindahan segera sebagai persediaan
00:39untuk menyasarkan bangunan berkenaan yang didakwa kononnya infrastruktur Hezbollah.
00:45Israel melancarkan beberapa gelombang serangan udara di seluruh Lubnan serta menghantar tentera kebahagian selatan negara itu
00:52ketika pertempuran di sepanjang sempadan Lubnan-Israel semakin memuncak, melibatkan kumpulan Hezbollah.
00:58Dalam pada itu, Hezbollah pada Rabu memaklumkan pejuangnya melepaskan beberapa roket ke arah kumpulan tentera Israel
01:04berhampiran kawasan Metullah di sepanjang sempadan.
01:08Ia sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas puluhan bandar dan kampung di Lubnan, termasuk pinggir selatan Beirut.
01:15Dalam pada itu, Hezbollah pada Rabu memaklumkan pejuangnya melepaskan beberapa roket ke arah kumpulan tentera Israel
01:21berhampiran kawasan Metullah di sepanjang sempadan.
01:24Ia sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas puluhan bandar dan kampung di Lubnan, termasuk pinggir selatan Beirut.
Comments