Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Polis menahan lima lelaki berusia antara 28 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan.
Transcript
00:00Polis menahan lima lelaki dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di Balai Polis Meru Kelang pada Isnin lalu.
00:08Ketua Polis Daerah Kelang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rau berkata,
00:12dalam kejadian jam 9.40 malam itu, tiga lelaki hadir ke balai berkenaan untuk membuat laporan polis.
00:21Ketika laporan sedang dirakam, secara tiba-tiba lima lelaki lain datang ke lokasi,
00:26perbalahan kemudian tercetus antara kedua-dua pihak.
00:30Kumpulan lima lelaki terbabit memukul pengadu menggunakan sebatang besi.
00:35Kekecohan turut menyebabkan sebuah televisyen di Balai Polis mengalami kerosakan sebelum semua suspek melarikan diri.
00:41Hasil tindakan pantas polis, lima lelaki berusia antara 28 hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
00:50Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua pihak.
00:56Semua suspek direman tiga hari sehingga 5 Mac bagi membantu siasatan lanjut.
01:01Pada masa sama, polis giat mengesan beberapa lagi individu yang sudah dikenalpasti bagi membantu siasatan.
01:07Kumpulan lima lelaki terbabit memukul pengadu menggunakan sebuah televisyen di Balai Polis menggunakan sebuah televisyen di Balai Polis.
Comments

Recommended