00:00Rakyat Malaysia dinasihati menangguhkan perjalanan tidak penting ke Iran, Irak, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu UAE.
00:10Ia memandangkan nasihat perjalanan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar masih berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.
00:20Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan media pada Rabu,
00:23ia terus memantau dengan teliti ketidaktentuan situasi keselamatan dan perjalanan di seluruh Asia Barat
00:29serta terus berkoordinasi rapat dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia di wilayah terjejas.
00:35Wisma Putra berkata keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia tetap menjadi keutamaan Kementerian.
00:41Menurut Wisma Putra, ia mengambil maklum pengumuman pihak berkuasa UAE
00:45mengenai pembukaan ruang udara selamat yang ditetapkan
00:48serta perkhidmatan pergi dan balik sementara Malaysia Aviation Group MAG
00:52ke Dandari Jedah serta Madinah pada 4 hingga 8 Mac.
00:57Susulan itu, pasukan misi diplomatik Malaysia kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa
01:01dan rakan kongsi operasi berkaitan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas
01:06akibat gangguan perjalanan berterusan.
01:10Menurut Wisma Putra lagi, Kementerian terus mengemaskini rekod rakyat Malaysia di wilayah terjejas
01:15menerusi sistem e-konsular dan sedang berkoordinasi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi
01:20untuk memantau kebajikan pelajar Malaysia.
01:24Rakyat Malaysia yang belum berbuat demikian digalakkan mendaftar keberadaan mereka melalui e-konsular
01:29manakala rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan konsular
01:33digalakkan untuk menghubungi perwakilan diplomatik Malaysia berdekatan
01:36manakala bilik gerakan Kementerian di Putrajaya yang beroperasi 24 jam.
01:41Terima kasih kerana menonton!
Comments