00:00Baik, Iran meminta Indonesia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
00:05Permintaan itu disampaikan Duta Besar Iran ke Indonesia, Mohamad Barujardi, kerana tindakan negara haram itu yang menceroboh Palestine.
00:16Menurut Barujardi, seperti di petik media tempatan, Iran menganggap Israel sebagai sebuah rejim yang menuduki wilayah Palestine dan perkara itu
00:24tidak boleh diterima.
00:25Barujardi turut menegaskan bahawa Iran sejak awal lagi tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
00:31Sesudah itu, beliau harap Iran dan Indonesia mempunyai pendirian yang sama terhadap pihak yang menuduki wilayah negara lain.
00:37Bagaimanapun, Iran katanya mungkin mempertimbangkan semula pendiriannya terhadap Israel dengan syarat jika seluruh masyarakat di wilayah yang diduduki rejim dapat
00:46menikmati sistem demokrasi dan kerajaan dibentuk melalui proses demokrasi.
00:50Sebagai kontak, Presiden Indonesia Prabowo Subianto tahun lalu menyatakan kesediaan Republik itu untuk segera mengiktiraf Israel serta menyokong semua jaminan
00:59keselamatan untuk Israel sekiranya Israel mengiktiraf kemerdekaan dan kedaulatan Palestine.
Comments