Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Menurut kenyataan JAS, operasi itu dijalankan susulan lawatan kerja Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup ke Pelabuhan Klang pada 28 Feb lepas bagi meninjau status penahanan kontena sisa elektronik.
Transcript
00:00Jabatan Alam Sekitar JAS mengesan 47 kontena mengandungi e-waste atau sisa elektronik hasil pemeriksaan terhadap 99 kontena menerusi operasi
00:11bongkar kontena siri 1 Palang 2026 di Pelabuhan Kelang pada Selasa dan Rabu.
00:16Menurut kenyataan JAS, operasi itu dijalankan Susulan Lawatan Kerja Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup
00:25ke Pelabuhan Kelang pada 28 Februari lepas bagi meninjau status penahanan kontena sisa elektronik.
00:33Sebanyak 45 kontena telah diperiksa pada Selasa dan daripada jumlah itu, 40 kontena didapati mengandungi buangan terjadual dengan 22 dikenalpasti
00:42sebagai sisa elektronik.
00:43Manakala dalam operasi hari ini, JAS memeriksa 54 kontena dan 32 daripadanya mengandungi buangan terjadual dengan 25 dikenalpasti sisa elektronik.
00:53JAS memaklumkan penguatkuasaan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam melindungi alam sekitar serta memastikan Malaysia tidak dijadikan destinasi pelupusan buangan
01:03haram.
01:04Menurut kenyataan itu, antara tindakan diambil ialah pengeluaran notis pemulangan semula kontena ke negara asal serta tindakan di bawah Seksyen
01:1134B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
01:16Selain itu, tindakan diambil di bawah Seksyen 43 Akta Sama terhadap ejen atau syarikat perkapalan yang gagal mematuhi prosedur pengimportan
01:23ditetapkan.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended