00:00Majlis Pimpinan Negeri MPN PKR Johor mengenalpasti 28 kerusi berpotensi untuk ditandingi pada pilihan raya negeri PRN Johor yang dijangka
00:09diadakan dalam masa terdekat.
00:11Pengurusi MPN PKR Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata perkara itu diputuskan dalam pemukiman bengkel pilihan raya PKR 2016
00:18selama dua hari bermula 28 Februari di MUA yang menghimpunkan kepimpinan dan jentera parti negeri.
00:27Menurutnya penetapan sasaran ini dibuat selepas penyelarasan kekuatan organisasi melibatkan kesemua 26 cabang PKR Johor dilaksanakan.
00:37Penetapan 28 kerusi ini hasil penelitian menyeluruh terhadap kedudukan semasa parti dan potensi saingan di kawasan yang dikenalpasti lebih kukuh.
00:46Dr. Zaliha berkata perkara itu telah dikemukakan kepada Naib Presiden PKR Datuk Seri Amiruddin Syahri ketika beliau mengetuai jawatan kuasa
00:55pilihan raya pusat menyampaikan amanat pada bengkel pemantapan jentera pilihan raya peringkat Johor dan Melaka baru-baru ini.
01:03Beliau berkata amanat itu memperjelas hala tujuh parti dalam menghadapi PRN yang bakal menjelang.
01:09Dalam pada itu, Dr. Zaliha berkata PKR Johor mengambil pendekatan terbuka terhadap pelbagai kemungkinan landscape politik semasa termasuk situasi pertandingan
01:19tiga penjuru dan kesinambungan kerjasama dalam kerangka gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
01:26Ia juga merangkumi kemungkinan PRN dan pilihan raya umum PRU diadakan secara serentak atau berasingan.
Comments