00:00Pembekuan akaun dan sitaan harta bernilai RM7.7 juta telah dilaksanakan oleh Seruhanjaya Pencengah Rasuah Malaysia SPRM menerusi Ops Middleman
00:10yang menyasarkan individu yang dipercayai terlibat dalam rasuah yang melibatkan penguatkuasa jalan raya.
00:17Ketua Peserjaya SPRM Tansi Azam Baki berkata jumlah itu merangkumi wang tunai, kenderaan mewah, barangan kemas dan pembekuan puluhan akaun
00:26individu serta syarikat hasil risikkan 3 bulan.
00:30Azam berkata nilai keseluruhan pembekuan dan sitaan adalah RM7.69 juta, merangkumi wang tunai, 25 kenderaan mewah bernilai RM2.5
00:41juta, barang kemas RM40,000, 27 telefon bimbit dan 41 unit walkie-talkie.
00:49Di samping itu, kita telah membeku akaun keseluruhannya sejumlah RM4,692,280.19.
00:59Ini melibatkan 59 akaun individu dan dimana 59 akaun individu ini adalah mereka-mereka yang terlibat dengan pihak tontor berkenaan
01:07dan juga termasuk tontor-tontor berkenaan dan juga akaun-akaun syarikat yang berkaitan.
01:12Jadi jumlah keseluruhan bekuan dan sitaan yang saya sebutkan tadi adalah jumlah RM7.692,465.19.
01:21Mengulas lanjut, Azam berkata seramai 18 individu telah ditahan dalam Ops Middleman yang bermula 24 Februari lalu bagi menyiasat sindiket
01:31perantara yang menawarkan rasuah kepada pegawai penguatkuasa jalan raya.
01:35Antara yang ditahan ialah empat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, empat anggota polis trafik, dua pemilik syarikat, tujuh tontor dan
01:44seorang individu awam dipercayai pemilik akaun keldai.
01:47Beliau menjelaskan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17, Sub-Seksyen B, Akta SPRM 2009 terhadap tontor.
01:56Menekala pegawai penguatkuasa disiasat di bawah Seksyen 17, Sub-Seksyen A kerana dipercayai menerima suapan.
02:03Menurut Azam, modus operandi sindiket ialah menawarkan rasuah bagi melindungi lori yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya, termasuk membawa muatan
02:12berlebihan.
02:12SPRM turut meneliti akaun digital dan kemungkinan penglibatan pihak lain dan tidak menolak operasi sama akan diperluas ke negeri lain.
Comments