Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mac.
Transcript
00:00Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik penasihat kanan politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh 2 tahun berkod kuasa
00:084 Mac.
00:09Perlantikan itu dipersetujui Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengisi kekosongan jawatan setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri.
00:19Menerusi kenyataan pada Rabu, Perdana Menteri berharap Tengku Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik dan penuh tawaduk demi
00:27kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.
00:30Tengku Zafrul sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dari 2020 hingga 2022 sebelum dilantik sebagai Menteri Pelaburan Perdagangan dan
00:39Industri atau MITI.
00:41Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Negara Senator.
00:44Sebelum menyertai kerajaan, Tengku Zafrul merupakan tokoh korporat terkenal yang pernah menerajui beberapa institusi kewangan utama negara.
00:53Jawatan setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri sebelum ini disandang Datuk Seri Syamsul Iskandar Muhammad Akin namun beliau meletakkan jawatan
01:01pada 25 November tahun lalu.
Comments

Recommended