Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Cadangan pembentukan Blok Borneo bukan bertujuan memperkukuh kawalan politik di peringkat Persekutuan, sebaliknya untuk keseimbangan dan semangat perkongsian yang menjadi asas pembentukan negara.
Transcript
00:00Sedangkan pembentukan Blok Borneo bukan bertujuan untuk memperkukuhkan kawalan politik di peringkat persekutuan.
00:06Sebaliknya bagi keseimbangan dan semangat perkongsian yang menjadi asas pembentukan negara.
00:12Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata,
00:18dawaan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, bahawa Sabah dan Sarawak menggunakan gagasan itu
00:24untuk mengukuhkan kawalan politik persekutuan, wajar dilihat dalam konteks sejarah dan semangat pembentukan Malaysia.
00:33Menurutnya cadangan itu tidak harus ditafsirkan sebagai usaha mendominasi semenanjung,
00:38sebaliknya satu langkah politik yang sah dan matang untuk menyelaraskan suara Sabah serta Sarawak
00:44dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Borneo secara lebih tersusun di Parlimen.
00:49Dalam sistem persekutuan yang sihat, kerjasama antara wilayah bagi memperkukuh kedudukan rundingan
00:55adalah sesuatu yang lazim dan tidak perlu dipandang negatif.
00:59Ia juga selaras dengan prinsip perkongsian yang menjadi asas pembentukan negara pada 1963.
01:06Beliau yang juga Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah berkata,
01:11ketika pembentukan Malaysia pada 1963, Sabah dan Sarawak menyertai persekutuan melalui rundingan jelas
01:18yang disertai jaminan perlindungan tertentu termasuk berkaitan identiti,
01:24autonomi pentadbiran dan kepentingan rakyat tempatan.
01:29Jaminan itu termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 MA63 yang menjadi asas kepada pembentukan negara ini.
01:38Mengulas cadangan menambah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak,
01:41beliau berkata ia perlu dilihat dari sudut representasi lebih saksama,
01:46mengambil kira keluasan wilayah, kepelbagaian geografi serta keperluan pembangunan yang berbeza.
01:52Beliau menegaskan, Malaysia dibina atas semangat kerjasama antara wilayah,
01:57bukannya persaingan antara Semenanjung dan Borneo.
02:01Katanya, sebarang usaha memperkukuh keseimbangan dalam persekutuan
02:06harus dilihat sebagai langkah memperkuatkan negara secara keseluruhan,
02:11bukan melemahkan.
Comments

Recommended