Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Pelaksanaan e-Invois akan diteruskan walaupun terdapat keputusan untuk melaksanakan apa-apa jenis cukai kepenggunaan yang baharu pada masa akan datang.
Transcript
00:00Pelaksanaan e-invoice akan diteruskan walaupun jika ada keputusan untuk melaksanakan sebarang jenis cukai kepenggunaan yang baru pada masa akan
00:10datang.
00:11Menteri Kewangan 2 Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan pelaksanaan e-invoice diakini mampu memberi impak positif dalam pelbagai aspek
00:19termasuk pengurangan aktiviti ekonomi bayangan atau shadow ekonomi.
00:24Selain itu, Amir Hamzah berkata e-invoice turut dijangka meningkatkan tahap pematuhan cukai secara sukarela yang secara langsung menyumbang kepada
00:33peningkatan hasil negara.
00:35Inisiatif berkenaan juga dilihat berpotensi memperluaskan asas cukai sekaligus mengukuhkan kedudukan fiskal negara dalam jangka panjang.
00:43Dari sudut pentadbiran, pelaksanaan e-invoice mampu meningkatkan kecukapan dan keberkesanan operasi lembaga hasil dalam negeri Malaysia LHDN serta Jabatan
00:54Kastam Diraja Malaysia JKDM, khususnya melalui penilaian risiko audit kes yang lebih efektif dan tepat.
01:02Pada masa sama, sistem itu dijangka meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada pembayar cukai termasuk kemudahan peraisi makluman e-invoice ke dalam
01:11borang nyata cukai pendapatan.
01:13Menurut Amir Hamzah lagi, pelaksanaan e-invoice juga menyokong pendigitalan operasi perniagaan yang bukan sahaja memudahkan pengurusan harian.
01:21Malah memberi kesan positif terhadap pertumbuhan perniagaan menerusi peningkatan kecukapan operasi, rekod kewangan yang lebih teratur dan tepat serta meminimumkan
01:31risiko kesilapan manual.
01:34Bagaimanapun beliau menjelaskan, secara umumnya kajian pasca pelaksanaan e-invoice belum dilaksanakan memandangkan sistem itu masih di peringkat awal dan
01:42berada dalam tempoh peralihan.
01:44Tahap keberkesanan serta pencapaian inisiatif berkenaan hanya boleh ditentukan selepas ia dilaksanakan sepenuhnya.
01:51Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Razijidin mengenai hasil kajian kerajaan terhadap kesan pelaksanaan
02:00e-invoice kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS serta sama ada sistem itu akan diteruskan sekiranya cukai barang dan
02:09perkhidmatan GST diperkenalkan semula.
Comments

Recommended