00:00Seterusnya, seorang daripada empat anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin telah menghubungi SPRM untuk membantu siasatan dalam op Godfather.
00:09Tan Sri Azam Baki berkata keberadaan tiga lagi anak bekas Menteri Keuangan itu bagaimanapun masih belum diketahui.
00:17Azam menjelaskan, satu notis sebelum ini telah dikeluarkan kepada empat anak Allahyarham Tun Daim untuk hadir ke SPRM bagi tujuan
00:26pertuduhan di mahkamah.
00:43Pada 28 Februari lalu, SPRM memaklumkan telah mengeluarkan notis kesan individu terhadap empat anak Allahyarham Tun Daim.
00:51berikutan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi yang telah diserahkan sebelum ini.
00:59Dalam pada itu, Azam memaklumkan siasatan op Godfather turut melibatkan pengesanan harta di beberapa negara yang dipercayai bernilai berbilion ringgit.
01:20Menurut beliau, siasatan dikendalikan bahagian operasi khas SPRM yang kini sedang menjalinkan kolaborasi dengan pihak berkuasa negara-negara terlibat.
01:29Segala tindakan yang diambil perlu mematuhi undang-undang negara berkenaan menerusi kerjasama perundangan bersama atau mutual legal assistance.
01:38SPRM menjalankan op Godfather di bawah Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4 Sub-Seksyen 1
01:48Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Amla 2001.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments