00:00Baik, selanjutnya suruhan jaya penjagaan rasuah Malaysia SPRM memanggil 12 saksi untuk membantu siasatan berhubung projek kerjasama strategic semiconductor bernilai
00:10RM1.11 bilion antara kerajaan Malaysia dan Arm Limited dari United Kingdom yang dikaitkan dengan seorang bekas menteri kabinet.
00:19Ketua Pesuruh Jaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, antara yang dipanggil termasuk bekas menteri serta pegawai daripada pelbagai agensi
00:28kerajaan.
00:29Ini termasuk Kementerian Ekonomi, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Maida, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Miti dan juga beberapa agensi lain
00:38yang berkaitan.
00:40Azam menjelaskan siasatan dijalankan berdasar kepada aduan yang diterima SPRM dengan tumpuan terhadap kemungkinan wujud unsur salah guna kuasa, penipuan
00:51serta isu tabir urus dalam pelaksanaan projek berkenaan.
00:55Dokumen-dokumen penting telah kita dapati daripada agensi-agensi ataupun kementerian-kementerian yang berkaitan.
01:03Dan juga tidak juga kita juga melihat kepada pembentangan paper kabinet dalam hal ini.
01:09Dan saksi-saksi yang lain sedang kita panggil, ada yang juga melibatkan bekas menteri, ada juga melibatkan pegawai-pegawai kanan
01:17daripada kementerian-kementerian berkenaan seperti ketua sesuatu, sesuatu sebagian dan sebagainya.
01:22Bekas menteri itu, Datuk Seri Rafizi?
01:25Itu saya tak nak nyatakan di sini, ada daripada bekas menteri yang telah dipanggil untuk memberi kenyataan di sini.
01:32Beliau turut memaklumkan SPRM sedang mengesan seorang saksi iaitu James Chai yang dipercayai bekas pembantu kepada bekas menteri ekonomi, Datuk
01:43Seri Rafizi Ramli, bagi memintanya kembali ke negara ini.
01:47Jelasnya, satu makluman media telah dikeluarkan supaya individu berkenaan segera pulang ke Malaysia untuk dirakam percakapan.
01:56Setakat ini belum ada maklum balas daripada beliau dan pada hari ini telah dikeluarkan kenyataan media di mana beliau kena
02:05balik daripada UK.
02:06Dalam masa sama, Azam berkata SPRM tidak akan membenarkan mana-mana pihak memanipulasi isu berkenaan dan memberi jaminan siasatan akan
02:15dijalankan secara adil dan profesional.
02:18Terima kasih kerana menonton!
Comments