00:00Pemimpin-pemimpin utama Senat AS berbalas kenyataan dalam perbahasan di Dewan Senat pada Isnin, susulan tindakan Presiden Donald Trump mengarahkan
00:10siri serangan ketenteraan besar-besaran terhadap Iran hujung minggu lalu.
00:14Pemimpin Majority Senat John Thune berkata, pentadbiran Trump telah berusaha mencari penyelesaian diplomatik tetapi Iran menolak, memaksa Washington untuk bertindak
00:24tegas.
00:55Namun pemimpin Demokrat Chuck Schumer menuduh Trump melancarkan
01:00negara itu ke dalam konflik berskala penuh yang tidak diingini rakyat Amerika.
01:30I will not shed a tear for Ali Khamenei, the supreme leader of Iran who was killed in the initial
01:37rounds of airstrikes over the weekend.
01:40Trump dalam kenyataan pada Isnin berkata, beliau mengarahkan serangan tersebut bagi menggagalkan program nuklear Iran serta pembangunan peluru berpandu balistiknya
01:49yang didakwa berkembang dengan pantas.
01:52Sabtu lalu, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan paling besar terhadap Iran dalam tempoh beberapa dekad.
02:00Pegawai kanan berkata, operasi ini dijangka berlarutan beberapa hari sementara laporan Reuters menyebut ia mungkin berkembang menjadi kempen ketenteraan yang
02:10mengambil masa beberapa minggu.
02:12Terima kasih telah menonton!
Comments