00:00Usul mengahatkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun masih berpeluang diluluskan tahun ini.
00:08Penganalisis berkata kegagalan undian semalam bukan penamat.
00:12Rang undang-undang itu gagal apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong kurang 2 undi daripada majoriti 2 per 3 yang
00:21diperlukan iaitu 148 undi.
00:25Syahruddin Awang Ahmad dari Universiti Malaysia Sabah berkata kerajaan masih boleh membentangkan semua RUU itu pada sesi Parlimen akan datang.
00:35Katanya lebih banyak rundingan politik diperlukan untuk meyakinkan pihak yang masih ragu-ragu.
00:41Beliau menegaskan hak tempoh jawatan penting demi masa depan negara dan pengukuhan demokrasi.
00:47Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting pula mengifatkan RUU itu bukan sekadar simbolik.
00:58Katanya ia adalah benteng untuk menghalang penyalahgunaan kuasa.
01:02Menurut beliau, kuasa tanpa had boleh melemahkan demokrasi.
01:07Justru usaha menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dilihat sebagai langkah penting dalam agenda reformasi institusi kerajaan.
01:17Saharul Alam Yeh, Syahir FMT.
Comments