00:00Pendekatan politik nila yang dibawa Parti Amanah Negara dilihat berpotensi menarik sokongan pengundi baru.
00:08Namun penganalisis berpendapat Parti itu perlu mengurangkan kebergantungan kepada kekuatan gabungan Pakatan Harapan.
00:16Pemerhati politik dari Global Asia Consulting, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri,
00:22berkata amanah kini dilihat lebih bergantung kepada kekuatan rakan gabungan seperti PKR dan DAP
00:29berbanding pengaruh sendiri untuk meraih sokongan pengundi.
00:33Menurutnya retorik politik nila yang sering ditekankan setakat ini
00:37masih dilihat sebagai slogan dan belum diterjemahkan kepada kekuatan politik sebenar di peringkat akar umbi.
00:45Beliau berkata realiti politik Malaysia masih kuat dipengaruhi sentimen kaum dan agama
00:51yang sekian lama dimanfaatkan PAS melalui naratif pelindungan Melayu-Islam.
00:57Keputusan PRU15 juga menunjukkan jurang itu apabila amanah hanya memenangi lapan kerusi parlimen.
01:06Terdahulu ahli parlimen Syah Alam Azri Yusof berkata amanah mahu menjadikan politik nilai
01:11sebagai pendekatan politik Islam yang lebih modern dan inklusif kepada pengundi Melayu
01:17tanpa mengambil pendekatan ekstrim atau berhaluan kanan.
01:21Penganalisis Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali pula berpandangan pendekatan itu masih mempunyai potensi
01:29jika dilaksanakan secara konsisten termasuk melalui dasar yang memberi manfaat kepada rakyat
01:35serta pendidikan politik jangka panjang dalam masyarakat.
01:40Zahrul Alam Yayi Şahir FMT
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments