00:01Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA memberi amaran bahawa ketidaktentuan mengenai bahan nuklear Teheran boleh membawa kepada keputusan dramatik ketika
00:10rundingan antara AS dan Iran terus berlangsung.
00:13Dalam satu temubual dengan penyiar awam Columbia, RTVC di Cartagena, Rafael Mariano Grossi berkata IAEA tidak dapat menjalankan pemeriksaan semula
00:22terhadap uranium diperkaya milik Iran sejak perang 12 hari pada Jun 2025, sekaligus mewujudkan jurang maklumat yang berbahaya.
00:33Grossi maklumkan walaupun bahan nuklear itu tidak bermakna senjata nuklear wujud pada masa ini, ia berpotensi digunakan untuk menghasilkan senjata
00:41nuklear dan sebelum ini agensi mengetahui lokasi tong-tong uranium tersebut sehingga gram terakhir.
01:01Sebenarnya material yang dapat menghasilkan senjata nuklear itu dan di mana kita tidak mempunyai kapasitas untuk menghasilkan senjata nuklear itu
01:10untuk menghasilkan senjata nuklear itu.
01:20Beliau menegaskan bahawa satu perjanjian yang dapat menghalang lebih banyak kemusnahan dan ketidaksabilan adalah mungkin dicapai tanpa perlu menggunakan kekenasan.
01:29Grossi turut memberi amaran bahawa konflik boleh merebak melepasi sempadan Iran.
01:34Kerajaan Iran mahu mencari perjanjian yang adil dan saksama di Geneva sambil mengutamakan diplomasi.
01:39Manakala Presiden AS, Donald Trump, dilaporkan sedang menilai pilihan penggunaan kuasa sekiranya rundingan itu gagal.
01:47Pengarah IAEA itu dijangka ke Geneva untuk pusingan rundingan baharu selepas menandatangani perjanjian dengan Kementerian Perlombongan dan Tenaga Columbia.
Comments