Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini meneliti amalan kempen digital dan kos pengiklanan media sosial yang digunakan calon ketika pilihan raya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, memaklumkan sesi libat urus akan diadakan bagi memastikan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 digubal dengan teratur. Had perbelanjaan calon yang kini dianggap tidak lagi praktikal turut dikaji, termasuk kemungkinan memasukkan perbelanjaan parti dalam laporan rasmi. Ketika ini, had maksimum perbelanjaan ialah RM200,000 untuk calon Dewan Rakyat dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri.
Transcript
00:00Seruanjaya Pilihan Raya SPR sedang dalam proses bagi meneliti amalan kempen digital yang digunakan calon semasa pilihan raya.
00:08Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Uthman Said,
00:13turmaklumkan SPR juga akan meneliti jumlah kos yang digunakan calon dalam mengiklankan kempen mereka di platform media sosial.
00:23Tambah beliau, SPR akan melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pindaan terhadap Akta Kesalahan Pilihan Raya
00:31AKPR 1954 dapat digubal secara teratur.
00:35Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan PH Pandan, Datuk Seri Rafi Ziramli mengenai keperluan mengemas kini peruntukan undang-undang berhubung
00:43kempen digital yang kini menjadi amalan baharu dalam pilihan raya.
00:46Tambah beliau, had perbelanjaan calon kini disifatkan sebagai sudah tidak lagi praktikal.
00:51Azalina menjelaskan perbelanjaan yang ditetapkan dalam AKPR juga merujuk kepada perbelanjaan calon yang bertanding dan bukan perbelanjaan yang dibuat oleh
00:59parti politik.
01:00Ketika ini, had maksimum perbelanjaan yang dibenarkan ialah RM200,000 bagi setiap calon Dewan Rakyat dan RM100,000 bagi setiap
01:08calon Dewan Undangan Negeri.
01:10Menurut Azalina, SPR turut meneliti kesesuaian penetapan had baharu dan kemungkinan masukkan perbelanjaan parti dalam laporan perbelanjaan pilihan raya sebagai
01:19usaha penambahbaikan terhadap undang-undang sedia ada.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended