Skip to playerSkip to main content
  • 56 minutes ago
Kemasukan pemain bermodal besar ke bazar Ramadan boleh menjejaskan kelangsungan peniaga mikro jika tiada kawal selia jelas. Pakar beri amaran risiko penumpuan pasaran dan penghakisan struktur ekonomi kecil.
Transcript
00:00Baik, kemasukan syarikat berskala besar ke Bazar Ramadan berpotensi memberi kesan jangka panjang terhadap struktur ekonomi mikro jika tidak dikawal.
00:10Setiausaha agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia DPMM, Dato' Mazrul Nizar Abdullah berpandangan,
00:15keadaan ini mewujudkan persaingan tidak seimbang antara pemain bermodal besar dan peniaga kecil, khususnya golongan B40 yang selama ini bergantung
00:23kepada platform ini untuk menjana pendapatan.
00:28Menurut beliau, perbezaan dari segi kuasa pasaran, skala operasi dan kekuatan penjenamaan menunjukkan ketidaksembangan ketara dalam ekosistem tersebut.
00:36Jelasnya, jika tiada mekanisme pelindungan atau sokongan struktur kepada peniaga kecil, tekanan persaingan berpotensi menyingkirkan sebahagian peniaga mikro daripada ekosistem
00:45Bazar Ramadan.
00:46Pihak bertanggungjawab seperti kementerian pembangunan kerajaan tempatan KPKT dikesa memantau keadaan agar keseimbangan pasaran dapat dikekalkan.
00:53Tambahnya lagi, tanpa kawasila yang sesuai Bazar Ramadan dikuatiri berubah daripada ruang inklusif untuk peniaga kecil kepada pasaran yang lebih
01:01dikuasai pihak bermodal besar.
01:03Dalam konteks ini, saya lihat campur tangan pasaran tempatan harus ada dan penetapan mungkin, ini pandangan dengan saya, mungkin penetapan
01:12kuata dan juga garis panduan harus dibuat.
01:17Mungkin kita tetapkan paling kurangnya mungkin 10% sahaja pada mereka yang berskala besar ini dan 10% mereka berskala
01:25besar ini juga haruslah syarikat-syarikat tempatan, lokal.
01:30Tidak boleh pada saya syarikat-syarikat daripada luar negara yang originnya makanan tersebut ataupun peniagaan tersebut datang daripada luar negara.
01:38Pada saya, ini Bazar Ramadan. Ini bukannya pasaran luar yang lain yang mana pasaran itu yang luar yang lain mereka
01:47boleh meniaga di tempat premium yang lain, mereka boleh meniaga di shopping complex dan sebagainya.
01:51Ini pasaran Ramadan yang hanya terbatas dengan peniagaannya bermusim, satu bulan sahaja.
01:58Jadi pada saya, ruang sosial ini, prinsip pasaran bebas ini harus dijaga juga untuk memastikan bahawa peniaga-peniaga tempatan kita
02:11dijaga dengan begitu baik.
02:12Dan saya mohon dalam kes ini pihak kuasa tempatan, pihak majlis pembendaran ataupun majlis bandaraya, KPKT haruslah memainkan peranan.
02:23Beliau berkata demikian dalam diskusi program niaga awal ini pada Khamis.
Comments

Recommended