Skip to playerSkip to main content
  • 59 minutes ago
Larry Summers mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengajar di Universiti Harvard susulan tekanan berterusan berkaitan hubungannya dengan pesalah seks Jeffrey Epstein. Summers, yang juga bekas Setiausaha Perbendaharaan AS dan bekas Presiden Harvard, sebelum ini diarahkan bercuti sementara universiti menjalankan semakan terhadap individu yang dikaitkan dalam fail Epstein. Sepanjang tempoh beliau di Harvard, Epstein dilaporkan menyumbang lebih AS$9 juta kepada universiti itu dan pernah dilantik sebagai felo pelawat sebelum sumbangannya dihentikan selepas sabitan kes seksual pada 2008. Summers turut meletak jawatan daripada lembaga pengarah OpenAI dan menyatakan keinginan untuk menarik diri daripada komitmen awam bagi memperbaiki hubungan peribadi.
Transcript
00:00Pensyarah Universiti Harvard, Larry Summers, mengumumkan akan meletak jawatan selepas tekanan berterusan berhubung-hubungannya dengan pesalah seks Jeffrey Epstein.
00:10Summers yang juga bekas setiusa perbendaharaan Amerika Syarikat berkata keputusan itu terpaksa dibuat walaupun tiada bukti salah laku membabitkannya ditemui.
00:21Summers yang juga bekas Presiden Harvard sebelum ini diarahkan mengambil cuti daripada tugas mengajar pada November lalu selepas universiti itu
00:28memulakan semakan terhadap individu yang dinamakan dalam file Epstein.
00:31Dalam pada itu, juru cakap Harvard, Jason Newton, memaklumkan Larry akan kekabar cuti sehingga peseraannya bermula akhir tahun akademik.
00:39Selain itu, Summers turut meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah OpenAI pada November selepas Harvard mengumumkan proses semakan tersebut.
00:47Jelas Summers, dia berasa sangat malu atas tindakannya dan berkata mahu menarik diri daripada komitmen awam untuk memperbaiki hubungan dengan
00:54orang terdekat.
00:55Summers sebelum ini pernah berhikmat sebagai setiusa perbendaharaan di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton serta sebagai pengarah Majlis Ekonomi Kebangsaan
01:03ketika era Presiden Barack Obama.
01:05Summers pernah memungkang jawatan sebagai Presiden Universiti Harvard dari tahun 2001 hingga 2006.
01:10Sepanjang tempoh itu, Epstein dilaporkan telah menyumbang lebih 9 juta dolar Amerika kepada Harvard dan beberapa program yang berkaitan antara
01:18tahun 1998 hingga 2008 yang sebahagiannya bertindih dengan tempoh Summers mengetuai universiti itu.
01:25Selain itu, Epstein turut dilantik sebagai fellow pelawat di Jabatan Psikologi Universiti tersebut bagi menjalankan penyelidikan.
01:31Namun, Universiti Harvard menghentikan penerimaan sumbangan daripada Epstein selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan eksploitasi seksual kanak-kanak pada tahun
01:392008.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended