Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat agar terus mendoakan kesejahteraan penduduk di Sabah yang kini berdepan ujian banjir ketika umat Islam menyambut Ramadan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Timbalan Perdana Menteri Datuk Syed Ahmad Zahid Nahmedi menyeru rakyat agar terus mendoakan kesejahteraan penduduk di Sabah yang kini berdepan
00:07dengan ujian banjir ketika umat Islam menyambut Ramadan.
00:11Beliau berkata, semua agensi kerajaan persekutuan dan negeri telah digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan proses operasi pemindahan, penyelamatan serta penyaluran
00:20bantuan dilaksanakan dengan pantas, tersusun dan berkesan.
00:26Ahmad Zahid menegaskan kebajikan mangsa serta pemulihan kawasan terjejas menjadi keutamaannya dan mengingatkan semua yang berada di kawasan terlibat agar
00:37sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
00:41Jumlah mangsa banjir di Sabah juga terus merekodkan peningkatan dengan setakat jam 12.30 hari Sabtu, lebih 2,800 mangsa
00:48daripada lebih 1,500 keluarga telah dipindahkan.
00:51Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 18 pusat pemindahan sementara kini beroperasi di tiga daerah terjejas, iaitu
01:01Kota Marudu, Pitas dan Paitan.
01:04Sebanyak 47 kampung turut terjejas, iaitu 30 di Pitas, 12 di Kota Marudu serta 5 di Paitan selepas banjir melanda
01:13ketiga-tiga daerah sejak Jumaat, susulan hujan berterusan beberapa hari lepas.
01:17Jabatan Meteorologi Malaysia pula meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah pagi, manakala ribut petir berpotensi
01:26berlaku pada waktu petang dan malam.
Comments

Recommended