Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini berkata penurunan indeks itu sejajar dengan pengurangan sumbangan mutlak kebanyakan indikator utama khususnya dalam aspek kesihatan dan komponen terpilih taraf hidup, sekali gus menunjukkan kemiskinan pelbagai dimensi menjadi semakin kurang ketara.
Transcript
00:00Indeks kemiskinan pelbagai dimensi MPI Malaysia 2024 turun kepada 0.0025 berbanding 0.0037 pada 2022.
00:13Ia mencerminkan pengurangan berterusan ketersisihan bukan keuangan serta penambahbaikan menyeluruh dalam kesejahteraan isi rumah.
00:23Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan indeks berkenaan selari dengan pengurangan sumbangan mutlak kebanyakan indikator utama.
00:32Ia khususnya aspek kesehatan dan komponen terpilih taraf hidup sekaligus menunjukkan kemiskinan pelbagai dimensi semakin berkurangan.
00:40Jelasnya dari segi jurang bandar dan luar bandar MPI kawasan bandar kekal rendah pada 0.001 bagi kedua-dua tahun.
00:50Manakala luar bandar mencatat penurunan kepada 0.0164 pada 2022 kepada 0.0109 pada 2024 namun masih menunjukkan kemiskinan pelbagai
01:02dimensi lebih tertumpu di komuniti luar bandar.
01:05Mohd Uzir berkata bagi dimensi pendidikan ketersisihan berkaitan tahun persekolahan menurun daripada 0.003 kepada 0.001
01:18manakala kehadiran ke sekolah kekal pada 0.001 dalam tempoh sama mencerminkan akses pendidikan terus terpelihara.
01:28Dalam dimensi kesihatan, akses kepada perkhidmatan kesihatan bertambah baik apabila indikator menurun daripada 0.0013 kepada 0.009.
01:38manakala akses air bersih menurun daripada 0.0014 kepada 0.0010 walaupun kedua-duanya kekal sebagai penyumbang utama kepada MPI
01:49nasional.
01:50Bagi perbandingan antarabangsa, beliau berkata Malaysia merekodkan skor MPI 0.0025 pada 2024
01:57berbanding Thailand 0.0018 pada 2022
02:02manakala beberapa negara lain mencatat skor lebih tinggi termasuk Vietnam 0.0077 pada 2021
02:09Indonesia 0.0140 pada 2017 dan Filipina 0.0158 pada 2022
02:18awal.
Comments

Recommended