00:01Banjir di Manjoy, Ipoh pada Isnin disifatkan antara yang terburuk dalam puluhan tahun menjejaskan lebih 60 rumah.
00:09Hujan lebih 2 jam membuatkan air naik mendadak hingga paras pinggang, beruntun persiapan Ramadan yang tiba.
00:15Di sebalik rumah yang surut dibasahi lumpur, penduduk hanya mampu menyusun persiapan seadanya,
00:22menyambut bulan mulia dalam suasana yang lebih hibah daripada biasa.
00:27Beberapa penduduk yang ditemui ketika majlis penyampaian bantuan wang ihsan di Ipoh pada Rabu berkata,
00:33air yang naik mendadak menyebabkan banyak peralatan elektrik dan perabot tidak dapat diselamatkan.
00:38Sebelum ini tak pernah terjadi dan persiapan untuk bulan Ramadan ini terasa terjejas
00:45sebab banyak barang perabot, elektrik semua habis musnah.
00:50Hari ini yang paling teruk sekali, first time. Sebelum ini tak pernah terjadi lagi.
00:56Haa, dulu hujan lebat. Tapi tak pernah kali ini memang terkejut rasanya.
01:00Seorang wangsa Safina Muhammad dari kampung Kuala Tanggung, Silibin pula menceritakan
01:05detik cemas apabila terpaksa memasukkan ibunya yang diserang strok ke dalam periuk
01:10sementara menunggu bantuan tiba kerana air naik mendadak sehingga ke paras pinggang.
01:14Terpaksa masukkan mak dalam periuk sebabkan nak tunggu bantuan itu dah terlampau lama
01:21terpaksa masukkan mak dalam periuk dulu, bawa keluar sebab mak waktu itu dah dua minggu
01:27baru lepas keluar daripada hospital.
01:30Sementara itu, pegawai daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Syukuri berkata
01:34bantuan wang ihsan RM800 itu adalah sumbangan daripada Pejabat Ahli Parlimen Tambun
01:39dan Kerajaan Negeri Perak.
01:40Menurutnya, setakat Rabu, seramai 60 orang telah menerima bantuan itu
01:43dan pihaknya masih membuka pendaftaran mangsa sehingga Jumaat dini.
01:47Mengakui banjir kali ini adalah yang terburuk, beliau berharap ia dapat diatasi
01:51dengan pelaksanaan rancangan tembatan banjir Sungai Kinta Fasa 2
01:54yang telah dianugerahkan kepada kontraktor pada 14 Januari lalu.
01:59Kerajaan telah meluluskan projek tembatan banjir yang kedua, Fasa kedua,
02:03nilainya 108 juta dan semua kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir
02:08daripada hari Senin itu sebenarnya itulah kawasan-kawasan yang terlibat
02:11yang akan dijalankan projek tembatan banjir itu.
02:16Dan kita berdoa lah semoga dengan siapnya projek ini
02:20insyaAllah akan dapat menyelesaikan masalah di kawasan yang terlibat banjir ini.
Comments